Thursday, 1 December 2011

BOLA SEPAK


Ukuran padang
Padang hendaklah berbentuk segi empat tepat. Garisan tepi hendaklah lebih panjang dari garisan gol.
Panjang : Minimum : 90 m( 100 ela)
Maksimum : 120 m ( 130 ela)
Lebar : Minimum : 45 m( 50 ela)
Maksimum : 90 m ( 100 ela)
Perlawanan Antarabangsa
Panjang : Minimum : 100 m(110 ela)
Maksimum : 110 m ( 120 ela)
Lebar : Minimum : 64 m( 70 ela)
Maksimum : 75 m( 80 ela)

Tiang bendera
Satu tiang bendera, tidak kurang dari 1.5 meter ( 5 kaki) tingginya, bahagian atasnya tidak ditajamkan dan suatu bendera diletakkan pada setiap penjuru.
Tiang bendera boleh juga diletakkan di penghujung garisan tengah, tidak kurang daripada 1 meter (1 ela) di luar garisan tepi.
Lengkuk Penjuru
Suatu suku bulatan dengan jejari 1 meter(1 ela) dari setiap tiang bendera penjuru ditandakan di dalam padang permainan.
Tiang dan Palang Gol
Tiang-tiang gol hendaklah di pertengahan setiap garisan gol.
Ia mengandungi dua tiang tegak yang sama jaraknya dari tiang bendera penjuru dan disambungkan di
bahagian atasnya oleh suatu oleh palang melintang di mana jarak di antara kedua-dua tiang gol ialah 7.32 meter ( 8ela) dan jarak dari bahagian bawah palang gol ke tanah ialah 2.44 meter ( 8 kaki).
Kedua-dua tiang gol dan palang gol mempunyai lebar dan tebal yang sama iaitu tidak melebihi 12sm (5 inci). Garisan gol hendaklah sama lebarnya dengan tiang dan palang gol. Jaring boleh dipasang kepada gol dan bahagian tanah di belakang gol, dengan syarat ia disokong dengan betul dan tidak mengganggu penjaga gol.
Tiang dan palang gol hendaklah berwarna putih.
Keselamatan
Kedua-dua gol hendaklah dipacakkan dengan kukuh ke tanah. Tiang-tiang gol jenis bolehubah boleh digunakan jika ia memenuhi keperluan ini.
Keputusan-keputusan Yang Ditetapkan FIFA
Jika palang gol terjatuh atau patah, permainan hendaklah diberhentikan sehingga ia diperbaiki atau diletakkan semula. Jika usaha membaikinya tidak dapat dilaksanakan, perlawanan hendaklah ditangguhkan. Kegunaan tali sebagai ganti palang gol adalah tidak di benarkan.
Tiang dan palang gol mestilah di perbuat daripada kayu, logam atau sebarang bahan yang di luluskan. Ia berbentuk empat segi sama, segi empat tepat, bulat atau bulat bujur dan tidak berbahaya kepada pemain.
Sebarang bentuk pengiklanan, sama ada jelas atau samar-samar yang ada kaitan tidak dibenarkan di atas padang permainan dan peralatan padang (termasuk jaring gol dan kawasan yang diliputinya) dari masa kedua-dua pasukan masuk ke dalam padang sehingga tamat perlawanan.
Penghasilan semula logo atau lambang FIFA, persekutuan, persatuan kebangsaan, liga kelab atau badan-badan lain, sama ada secara jelas atau samar-samar tidak dibenarkan di atas padang permainan, peralatan padang (termasuk jaring gol dan kawasan meliputinya) semasa masa permainan.

No comments: