Monday, 28 November 2011

Biodata Nazmi Faiz Bin Mansor


Nama Penuh: Muhamad Nazmi Faiz Bin Mansor
Tarikh Lahir: 16 Ogos 1994 (umur 17 tahun 2011)
Berasal dari: Kuala Lumpur
Negara: Malaysia
Height 1.67 m (5 ft 5 1⁄2 in)
Posisi: Midfielder
Nombor Jersi: 21
Facebook Nazmi Faiz Mansor :
http://www.facebook.com/pages/Nazmi-Faiz-Mansor/158542137576491

Biodata Badrol Bakhtiar (10)



Full name Baddrol bin Bakhtiar
Date of birth February 1, 1988 (age 23)
Place of birth Sungai Petani, Kedah, Malaysia
Height 1.74 m (5 ft 9 in)
Pasukan : Kedah
Facebook Baddrol Bakhtiar :Baddrol.7

NAZMI TERBAIK!!!

Assalamualaikum....
sesiapa yang menonton bola sepak ketika Malaysia menentang Bahrain, pasti terpaku melihat aksi pemain muda, Nazmi Faiz, betul kan?
jaringan gol yang dilakukan oleh Nazmi Faiz sesungguhnya sangat luar biasa untuk remaja yang sebaya dengannya.
Jaringan yang cukup baik yang dilakukan oleh Nazmi Faiz amat membanggakan penyokong bola sepak tanah air.
sesungguhnya, Nazmi mempunyai bakat yang cukup besar dalam bidang bola sepak.

AYUH NAZMI, YOU CAN DO IT!!!!


HARIMAU MUDA TEWAS DI TANGAN BAHRAIN

Assalamualaikum....
      Mesti semua tengah sedih lagi sebab pasukan Harimau Muda tewas di tangan Bahrain, semalam, kan?
saya pun begitu. Saya tak sangka pasukan Bahrain mampu meninggalkan kita setelah kita meninggalkan mereka 2-0.
      Walau bagaimanapun, harus diingatkan di  sini bahawa pasukan Harimau Muda kita sudahpun berusaha sedaya upaya mereka. Di sini, kita hanya boleh menyatakan bahawa pasukan Harimau Muda kita tidak ada rezeki untuk ke sukan Olimpik 2012.
        Saya juga ingin mengingatkan seluruh rakyat Malaysia agar terus menyokong pasukan Harimau Muda kita. Kita hendaklah sentiasa menyokong mereka tidak kira pada masa mereka menang ataupun kalah kerana sokongan kita amat penting untuk meningkatkan semangat pasukan Harimau Muda kita.
        Oleh itu, mari kita sama-sama teruskan sokongan kita terhadap pasukan Harimau Muda.


                        AYUH, MALAYSIA BOLEH!!!

Khairul Fahmi Enggan Hanyut Dengan Pujian

       Khairul Fahmi Che Mat tidak pernah mengecewakan setiap kali diturunkan sebagai benteng terakhir negara dan ketangkasannya menafikan percubaan pemain Syria dalam kelayakan Olimpik 2012 nyata melegakan seluruh rakyat Malaysia. 

Begitupun, penjaga gol Kelantan itu enggan mendapat pujian tersebut kerana berasa kecewa masih belum mampu membantu pasukannya daripada diaibkan Jepun dan Syria. 

"Saya masih belum berpuas hati dengan persembahan saya. 

"Sebab kalau dah bolos itu kita tidak boleh berpuas hati lagi kerana masih ada lagi tugas yang perlu dilakukan bersama pasukan," katanya. 

Turut menjadi buah mulut kebelakangan ini ialah kelibat Nazmi Faiz Mansor yang diberi kepercayaan menerajui jentera negara meskipun masih berusia 17 tahun. 

Dia yang dianggap permata baru negara memasang impian untuk terus kekal di dalam kesebelasan utama bagi setiap perlawanan. 

"Saya banyak belajar ketika menyertai latihan di Slovakia selama tiga bulan. 

"Banyak pemain yang lebih senior memberi kepercayaan kepada saya dan memberitahu saya supaya yakin ketika berada di atas padang. 

"Saya harap dapat terus dikekalkan dalam kesebelasan utama untuk perlawanan akan datang dan saya mahu membantu pasukan menang ke atas Bahrain," jelasnya. 

Zulfadli Lebih Bersemangat

Zulfadli Zulkiffli ketika beraksi pada acara akhir perseorangan lelaki di Sirkit Kebangsaan Remaja Kebangsaan 100PLUS pada 17 April 2011.

      Zulfadli Zulkiffli merangkul kejuaraan badminton perseorangan remaja dunia 2011 menjadi pembakar semangat kepada Zulfadli Zulkiffli untuk beraksi cemerlang pada setiap kejohanan yang akan disertainya.
Kejohanan pertama yang dihadapi adalah Cabaran Antarabangsa Proton Malaysia 2011 yang sedang berlangsung di Kompleks Sukan Sandakan dan selepas ini dia akan beraksi di Kejohanan Terbuka Macau pada hujung bulan ini.
"Tumpuan saya pada masa sekarang adalah untuk memberi persembahan terbaik dalam kejohanan di sini tanpa mengira lawan yang akan dihadapi," katanya ketika ditemui selepas menundukkan Takeshita Riichi dari Jepun pada pusingan kedua hari ini.
Zulfadli, 18, menyedari kehadiran ramai pemain dari luar negara pada Cabaran Antarabangsa Proton pada tahun ini akan memberi saingan sengit dalam setiap peringkat yang dihadapi.
Menurut beliau semua pemain perseorangan termasuk dari negara ini mempunyai kelebihan masing-masing dan untuk itu dia perlu bermain bersungguh-sungguh dalam setiap perlawanan tanpa mengira siapa lawan yang dihadapinya.
Zulfadli adalah pemain daripada kelab profesional, KLRC, dan menjuarai perseorangan remaja Asia pada April lepas.
Jurulatih yang juga bapanya, Zulkiffli Sidek, berkata beliau berpuas hati dengan tahap permainan Zulfadli biarpun menghadapi dua kejohanan berturut-turut pada bulan ini selepas dinobatkan juara perseorangan remaja dunia.

KHAIRUL FAHMI CHE MAT di ERA

Assalamualaikum....
Tadi siapa dengar era pada pukul 6 petang?
Ada Khairul Fahmi Che Mat kan?
suka tak?
haha...
saya tau, korang mesti suka punya, kan?
hehehe...
suara dia comel kan, betul tak?
saya teruja dengar suara dia..
hehehe...
rugi la pada sesiapa yang tak dengar tu...
lepas tu, dia ada menyanyi lagu selamanya harimau malaya...
sedap juga suara dia kan.
hehehe...
korang harap, lepas ni siapa pula yang nak di bawa on air di era?
hehehe

                   GO KHAIRUL FAHMI CHE MAT!!!