Monday 28 November 2011

Khairul Fahmi Enggan Hanyut Dengan Pujian

       Khairul Fahmi Che Mat tidak pernah mengecewakan setiap kali diturunkan sebagai benteng terakhir negara dan ketangkasannya menafikan percubaan pemain Syria dalam kelayakan Olimpik 2012 nyata melegakan seluruh rakyat Malaysia. 

Begitupun, penjaga gol Kelantan itu enggan mendapat pujian tersebut kerana berasa kecewa masih belum mampu membantu pasukannya daripada diaibkan Jepun dan Syria. 

"Saya masih belum berpuas hati dengan persembahan saya. 

"Sebab kalau dah bolos itu kita tidak boleh berpuas hati lagi kerana masih ada lagi tugas yang perlu dilakukan bersama pasukan," katanya. 

Turut menjadi buah mulut kebelakangan ini ialah kelibat Nazmi Faiz Mansor yang diberi kepercayaan menerajui jentera negara meskipun masih berusia 17 tahun. 

Dia yang dianggap permata baru negara memasang impian untuk terus kekal di dalam kesebelasan utama bagi setiap perlawanan. 

"Saya banyak belajar ketika menyertai latihan di Slovakia selama tiga bulan. 

"Banyak pemain yang lebih senior memberi kepercayaan kepada saya dan memberitahu saya supaya yakin ketika berada di atas padang. 

"Saya harap dapat terus dikekalkan dalam kesebelasan utama untuk perlawanan akan datang dan saya mahu membantu pasukan menang ke atas Bahrain," jelasnya. 

No comments: