Wednesday 14 December 2011

Skuad Olimpik tewas perlawanan kedua

Pertahanan Malaysia, Mahali Jasuli bersaing dengan pemain Jepun, Genki Haraguchi ketika aksi kelayakan Olimpik London di Tosu pada 21 September 2011. 

KUALA LUMPUR, (Bernama) - Skuad Harimau Muda A bimbingan jurulatih Ong Kim Swee gagal mengulangi kemenangan apabila tumpas 0-1 kepada Central Coast Mariners pada perlawanan persahabatan kedua jelajah Australia di padang Olahraga Mingara, Tumbi Umbi, New South Wales pada Rabu.
Pada Selasa, skuad bawah 23 negara (B-23), yang dibarisi beberapa muka baru mencatat kemenangan selesa 3-0 ke atas Sydney FC menerusi dua jaringan penyerang Kuala Lumpur Ahmad Hazwan Bakri dan pemain pertahanan K.Gurusamy pada perlawanan persahabatan pertama di Stadium Bola Sepak Sydney.
Jelajah itu sebahagian daripada persediaan skuad tersebut untuk berdepan Liga Singapura tahun depan, selain mengharungi baki tiga perlawanan kelayakan Olimpik 2012 menentang Jepun, Bahrain dan Syria pada Februari depan.
Kapten pasukan lawan Daniel McBreen menjaringkan gol kemenangan pada separuh masa kedua, yang menyaksikan skuad Mariners membuat beberapa pertukaran pemain di separuh masa kedua, demikian menurut laman web penyokong Harimau Malaya www.malayatigers.com.
Pada perlawanan itu, Kim Swee turut membuat perubahan dengan menurunkan pemain yang berbeza berbanding persahabatan pertama.
Harimau Muda akan bertemu Newcastle Jets FC pada 19 Dis sebagai penutup jelajah itu sebelum pulang ke tanah air 21 Dis ini.

Lee Chong Wei masih mencari-cari ramuan terbaik untuk menafikan kehebatan Lin Dan.


       Pemain badminton perseorangan nombor satu dunia Datuk Lee Chong Wei terpaksa bertungkus lumus sebelum memenangi perlawanan kumpulan pertama perseorangan lelaki Final Siri Super Dunia yang berlangsung di Liu Zhou, China petang tadi.
Pemain 29 tahun itu, dalam Kumpulan A, mengambil masa 51 minit untuk mengalahkan Sho Sasaki dari Jepun 21-11, 18-21, 21-12.
Perlawanan Kumpulan A lain antara Simon Santoso dari Indonesia dan Peter Hoeg Gade dari Denmark, menang 21-13, 21-9.
Sementara itu dalam Kumpulan B, lawan Chong Wei, Lin Dan dari China juga berhempas pulas sebelum mengalahkan Chen Long 21-15, 19-21, 21-17.

LIRIK *SELAMANYA HARIMAU MALAYA*


selamanya, selamanya,selamanya,
harimau malaya!
selamanya, selamanya,selamanya,
sokong Malaysia!
hey le le le le le le la
oohh, oohh
hey le le le le le la
Aaahh, aaahh
harimau malaya
harimau malaya
harimau malaya
harimau malaya
hey le le le le le le la
oohh, oohh
hey le le le le le la
inilah tanah tumpahnya darahku,
negara pasukan biarlah hanya satu,
harimau kami berlari laju,
belang nak tertanggal dari baju,
harimau kami cekap gelecek,
pertahanan lawan tumbang sederet,
bila turun padang berumahkan gelanggang,
kalau berani mari bertandang.
selamanya, selamanya,selamanya,
harimau malaya!
selamanya, selamanya,selamanya,
sokong Malaysia!
hey le le le le le le la
oohh, oohh
hey le le le le le la
Aaahh, aaahh
harimau malaya
harimau malaya
semua berlari hingga tiada keringat,
gol pertama untuk negara,
kedua untuk pingat,
bila atas padang main tak ingat,
tiap hantaran kemas,
tiap gerak ligat,
pernahkah ada harimau yang jinak,
jawapannya tidak,
semestinya lincah,
penyokong ke stadium beranak-pinak,
untukmu Malaysia kami bersedia.
selamanya, selamanya,selamanya,
harimau malaya!
selamanya, selamanya,selamanya,
sokong Malaysia!
hey le le le le le le la
oohh, oohh
hey le le le le le la
Aaahh, aaahh
harimau malaya
harimau malaya
hey, mari kita, semangat
hitam kuning terpahat
mari kita berjuang,
tempur berperang di padang
sekali lagi, maju lagi,
serang lagi, gagah berani sebati
tidak gentar
tenang, dengar sorakan gemilang,
harimau malaya pasti menang!
selamanya, selamanya,selamanya,
harimau malaya!
selamanya, selamanya,selamanya,
sokong Malaysia!
hey le le le le le le la
oohh, oohh
hey le le le le le la
Aaahh, aaahh
harimau malaya
harimau malaya.