Monday 28 November 2011

HARIMAU MUDA TEWAS DI TANGAN BAHRAIN

Assalamualaikum....
      Mesti semua tengah sedih lagi sebab pasukan Harimau Muda tewas di tangan Bahrain, semalam, kan?
saya pun begitu. Saya tak sangka pasukan Bahrain mampu meninggalkan kita setelah kita meninggalkan mereka 2-0.
      Walau bagaimanapun, harus diingatkan di  sini bahawa pasukan Harimau Muda kita sudahpun berusaha sedaya upaya mereka. Di sini, kita hanya boleh menyatakan bahawa pasukan Harimau Muda kita tidak ada rezeki untuk ke sukan Olimpik 2012.
        Saya juga ingin mengingatkan seluruh rakyat Malaysia agar terus menyokong pasukan Harimau Muda kita. Kita hendaklah sentiasa menyokong mereka tidak kira pada masa mereka menang ataupun kalah kerana sokongan kita amat penting untuk meningkatkan semangat pasukan Harimau Muda kita.
        Oleh itu, mari kita sama-sama teruskan sokongan kita terhadap pasukan Harimau Muda.


                        AYUH, MALAYSIA BOLEH!!!

No comments: